Saturday, January 31, 2009

Boycott Israel Campaign : Sepakat Membawa Berkat...

  • Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri

  • Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi

  • Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

  • Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.
    Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?
  • Apakah usaha ini akan berjaya?
  1. Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot
  • McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.
    Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.
    Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.
  • Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.
    Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.
    Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.
    Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.
  • Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

Monday, January 12, 2009

Boycott Israel Campaign...


assalamualaikum...

salam kedamaian...salam perjuangan...

belilah barang2 tempatan...sama2 lah kita kurangkan kemiskinan di negara kita...

Sunday, January 11, 2009

PMP

apa yg penting??? kerjasama

emmm...atur modus oprandi


sifu...



  • kenangan yg paling indah join PMP....dapat belajar banyak benda....
  • PMP mengajar aku utk lebih berstartegi...mengajar aku ilmu memimpin...
  • PMP mengajar aku sikap kerja sama...mengenal semua jenis manusia...
  • PMP mengajar aku menjadi penilai...mengajar aku modus oprandi...
  • PMP....Pembantu Mesra Pendaftaran.... Apa yg penting?? ....Kerjasama...yg susah jadi senang...
  • PMP mengajar aku utk menilai manusia luaran dan dalaman...semua ilmu ni aku dapat bukan dari buku...tetapi pengalaman...mmg xsia-sia sifu aku ajar aku...tq en.ramli coz ajar aku menjadi org yg baik...org yg penuh dengan matlamat...
  • semua kawan-kawan PMP menjadi org yg berguna sekarang ne...amin...




Friday, January 9, 2009

DO WE NEED A STRONG LEADER?

assalamualaikum...

kepimpinan melalui teladan...


pemimpin yg membentuk identiti kaum nya...membuat acuan utk mencorak kaumnya...DENGAN TUJUAN MEMBANGUNKAN KAUMNYA....

pemimpin mestilah telus...amanah....pandai tapi bukan pandai kelentong...jangan cari yg KUAT KIPAS hahaha

sedih kumpulan yg dapat pemimpin yg berat sebelah dan punya agenda tersendiri (personal interest)...siapa yg jd pengikut kanan mestilah dapat untung...yg lain merana lah jawabnya...hahah sedih kan...siapa suru pilih??? kan dh kena...rasakan hahaha...

emmm....semua kerana undi pandang pertama kot...pilih pemimpin atas dasar perwatakkan luaran yg agak menarik...manis kata-kata...menabur bibit-bibit janji yg indah fantasia nya, namun tak ade realitinya...siapa yg merana?? KESIAN

siapa yg kaya??? siapa yg senang??? fikir-fikirkan persamaan metamatik ne...mungkin boleh diguna-pakai
[pemimpin + pengikut kanan] - pengundi pandang pertama = kaya.senang.

emmm KESIAN org yg bijak pandai (pengundi)... celik mata tapi buta hati...

pilih lah pemimpin yg adil...telus...amanah...
pemimpin yg berjaya bukan atas usaha sendiri... apa yg penting? .... Kerjasama

Berani Berubah demi keadilan
Berani Berubah demi kedamaian
Berani Berubah demi keharmonian
Berani Berubah demi kepimpinan yg telus...amanah...

jangan amalkan penindasan...nanti pemimpin akan jadi seperti gambar dibawah ne...renung-renungkan lah...insyallah dengan syarat Berani Berubah.



i'm not lucky...i'm good

assalamualaikum....

i'm not lucky...i'm good...

ayat sesuai dgn aku...
seorang insan yang lemah tetapi berusaha mengatasinya...dengan cara yg membahgiakan semua org...

hidup ini pinjaman semata...luaran indah tetapi dalaman penuh dgn selekoh tajam yg mesti di tempuhi...semua insan ada cara mereka sendiri untuk mengatasinya...

ibarat memandu kereta...ada jalan lurus...ada jalan pintas...semua dilalui sehinggah sampai ke lokasi yg di tuju...masa menjadi kayu pengukur...hasilnya keletihan ngn kepuasan menjadi hadiah...
ramai org memilih jalan pintas utk sampai ke lokasi tujuan...tanpa mengira kesusahan org lain...yg paling penting adalah kepuasan...xkira dgn apa cara sekalipun...susahkan org lain menjadi misi utk berjaya...

itu lah naluri insan yang bernama Manusia Pribumi... pantang nampak org senang cikit...ada saja cara utk mengagalkan nya...

Berani Berubah demi kejayaan...
Berani Berubah demi kemuliaan...
Berani Berubah demi masa depan...

kerjasama kunci kejayaan...

sama-sama lah kita fikir....
wassalam...